Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia
supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu
pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di
bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum
tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk
kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan
manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman
yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan
bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi,
dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi,
dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”(Surah
Luqman: 20).
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya
yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut
di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan
Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang
kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna
hingga kini.
No comments:
Post a Comment