Wednesday, 30 December 2015

Pendahuluan

Al-Quran banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian kerana Al-Quran merupakan panduan hidup kita sebagai umat Islam atau hamba Allah di atas muka bumi ini. Al-Quran juga banyak memainkan peranan dalam bidang Sains dan Teknologi. Untuk mempelajari disiplin Ilmu Tafsir Al-Quran, kajian terhadap µUlumul Quran¶ iaitu cabang-cabang ilmu yang mempunyai hubung kait dengan Al-Quran merupakan tuntutan mutlak kepada kita. Untuk merealisasikannya, tumpuan khusus dan pembahasan secara mendalam adalah diperlukan. Ulumul Quran merangkumi cara penurunannya, pengumpulan, penyusunan, dan pembukuannya. Tujuan rangkuman pembahasan tersebut adalah untuk memahamiµKalamullah¶ berdasarkan keterangan dan penjelasan dari Rasulullah s.a.w. dan riwayat yang disampaikan oleh para sahabat dan tabi¶in r.a. yang berorientasikan penafsiran mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat abadi yang bersifat menyeluruh dimana ianya sesuai untuk semua bangsa dengan berbagai macam etniknya dan sentiasa sesuai dengan peredaran zaman. Seorang penyair pernah berkata yang berbunyi :³ Para Nabi terdahulu telah datang dengan pelbagai mukjizat. Setelah mereka wafat, lenyaplah mukjizat-mukjizat itu. Namun engkau datang dengan mukjizat Kitab Suci (Al-Quran) yang tidak akan lenyap sepanjang masa.´Kebenaran atau realiti bukan hanya terhad kepada perkara lahiriah, walaupun ada yang berpegang kepada "seeing is believing", terdapat kebenaran yang belum terungkai oleh sains semasa yang mungkin difahami mendalam oleh sains masa depan. Contoh mudah bagaimana kegunaan gelombang, arus elektrik, pengaruh alam ghaib seperti bacaan jampi dan sebagainya serta banyak lagi perkara yang tidak difahami oleh saintis kuno tetapi akhirnya difahami jelas dan ianya telah digunakan secara meluas pada masa kini. Sains Islam merupakan satu disiplin ilmu yang bersumberkan wahyu Ilahi dan intelek. Ia mempunyai hubungan secara langsung dengan metafizik. Sains Islam juga mempunyai prinsip-prinsip yang selari dengan ajaran dan konsep dalam Islam kerana ianya bersumberkan wahyu Allah S.W.T. Sains dalam Islam ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang alam tabie, sifat alam dan interaksinya dengan persekitaran. Sains juga dapat membantu manusia mencapai tauhid kerana hakikat keesaan Allah terzahir pada peringkat alam tabie¶. Menurut kosmologi Islam, alam tabie¶ wujud dalam dalam kesatuan iaitu semua bahagian alam kait-mengait antara satu sama lain. Al-Quran juga telah menyebut bahawa segala yang terdapat di langit dan di bumi adalah ayatullah iaitu tanda-tanda Allah (TheSign of God/The Sign of Creator)

No comments:

Post a Comment