Wednesday, 30 December 2015
Pengertian Al-Quran, Sains Dan Teknologi
Al-Quran adalah Kalamullah yang berupa Mukjizat. Al-Quran diturunkan kepada penutup paraNabi dan Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. yang tertulispada masahif. Ia diriwayatkan kepada kita secara mutawattir, membacanya adalah dianggapsatu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Definisi initelah disepakati oleh para ulama. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. adalah sebagaipanduan menempuh norma kehidupan dan petunjuk umat. Keunggulannya merupakan buktikebenaran Rasulullah s.a.w. di samping sebagai bukti yang nyata terhadap kemahiran dankerasulan baginda. Al-Quran juga merupakan hujah abadi hingga ke hari akhirat.Kandungan Al-Quran telah memberikan isyarat hal-hal yang pelik tentang sebahagian ilmupengetahuan alam mahupun sains moden sebelum disiplin ilmu itu sendiri mampumenemukannya. Kemudian Al-Quran juga membuktikan bahawa penemuan-penemuan baruyang berdasarkan kepada metode penelitian ilmiah itu ternyata sama sekali tidak bertentangandengannya. Al-Quran bukanlah buku psikologi, mahupun fizik. Akan tetapi Al-Quranmerupakan kitab petunjuk dan bimbingan, kitab tasyri¶ dan ishlah. Meskipun demikian, banyakdijumpai ayat-ayatnya yang berupa penunjuk yang cukup mendalam dalam pelbagai disiplinilmu sama ada sosiologi, kedoktoran (perubatan), dan antropologi.Sains pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melaluiujian empirical atau eksperimen. Berdasarkan English Oxford Dictionary, sains ditakrifkansebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau denganfakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hokum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkankebenaran baru di dalam lapangannya sendiri. Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilaisesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukannya subjektif seperti intuisi, sangkaanatau emosi. Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yangrasional dan emperikal.Maksud teknologi boleh didefinisikan berdasarkan dua segi iaitu melalui segi bahasa dan segiistilah. Dari segi bahasa merujuk kepada bahasa Yunani (Greek) yang boleh dibahagikankepada dua iaitu µTechne¶ (seni atau kerja tangan) dan µLogos¶ (wacana atau kata-katasistematis atau teori). Dari segi istilah pula ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yangbersistem. Teknologi juga biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri. Selain itu, teknologi juga berkaitan dengan kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan. Teknologi jugamerupakan pengkajian kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang dan perindustrian.Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untukmemisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama. Secara ringkasnya, sains dan teknologi adalah ilmu yang teratur dan teruji untukmembuktikan kebenaran realiti alam semesta iniberdasarkan ujikaji dan penelitian zahir (fizik,kimia, biologi dan yang seumpanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment