Wednesday, 30 December 2015

Kesan Pengabaian Al-Quran Dalam Perkembangan Sains dan Teknologi

Allah berfirman;´Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada(Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat.Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya´(Surah an-Nisa¶, ayat 59).Menurut kepada maksud ayat al-Quran di atas telah menunjukkan bahawa, seorangmuslim wajib merujuk al-Quran dan sunnah. Al-Quran merupakan kitab yang syumul, oleh ituseorang muslim wajib untuk merujuk al-Quran sepertimana umat Islam suatu masa dahulusehingga berjaya dalam menguasai bidang sains dan teknologi. Terdapat banyak kesanmazmumah dan negatif jika seseorang muslim mengabaikan al-Quran dalam kemajuan sainsdan teknologi yang merupakan rujukan yang lengkap daripada Allah kepada hambaNya. Antara kesan pengabaian al-Quran dalam sains dan teknologi ialah umat Islam akanmenjadi lemah . Umat Islam yang lemah mengakibatkan orang barat dengan mudahnya akanmengambil kesempatan terhadap umat Islam sehingga menyebabkan maruah umat Islam jatuh.Justeru, umat Islam menjadi semakin mundur dan ketinggalan yang dapat dilihat bahawa umatIslam lebih kepada pengguna daripada pencipta yang dapat menguntungkan kuasa asing atauorang barat.Selain itu, penjajahan ke atas negara Islam akan berlaku . Ini semua akibat daripadakurangnya kemajuan dalam sains dan teknologi sehingga mengakibat umat atau negara Islamtidak dapat mempertahankan diri daripada serangan kuasa asing malah mengharapkanbantuan dan perlindungan daripada mereka untuk mempertahankan negara Islam. Jika perkaraini berterusan, ini akan mengakibatkan negara dan umat Islam dengan sewenang-wenangnyadijajah seperti yang berlaku pada masa ini. Contohnya, negara Palestin yang diduduki olehumat Islam telah dijajah oleh negara Israel dengan cara yang sangat kejam dan tidakberperikemanusiaan.Sehubungan hal ini, perkembangan dalam sains dan teknologi umat Islam lambatdan tidak berkembang maju . Akibat daripada hal ini, negara Islam akan bergantung kepadakuasa asing untuk mendapatkan barangan berteknologi, barangan perubatan dan pendidikanwalaupun negara Islam kaya dengan sumber alam. Sebagai contoh, dapat dilihat pada negaraMalaysia yang juga merupakan salah sebuah negara Islam. Jika dibandingkan antara negaraMalaysia dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman, negara mereka lebihmaju dan mempunyai teknologi tinggi. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa al-Quran perlulahdikaji dengan lebih mendalam agar umat Islam dapat memperoleh kemajuan dalam sains danteknologi.

No comments:

Post a Comment