Wednesday, 30 December 2015

Peranan al-Quran dalam Bidang Teknologi

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”(Surah Luqman: 20).

 Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang  kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.

Pendahuluan

Al-Quran banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian kerana Al-Quran merupakan panduan hidup kita sebagai umat Islam atau hamba Allah di atas muka bumi ini. Al-Quran juga banyak memainkan peranan dalam bidang Sains dan Teknologi. Untuk mempelajari disiplin Ilmu Tafsir Al-Quran, kajian terhadap µUlumul Quran¶ iaitu cabang-cabang ilmu yang mempunyai hubung kait dengan Al-Quran merupakan tuntutan mutlak kepada kita. Untuk merealisasikannya, tumpuan khusus dan pembahasan secara mendalam adalah diperlukan. Ulumul Quran merangkumi cara penurunannya, pengumpulan, penyusunan, dan pembukuannya. Tujuan rangkuman pembahasan tersebut adalah untuk memahamiµKalamullah¶ berdasarkan keterangan dan penjelasan dari Rasulullah s.a.w. dan riwayat yang disampaikan oleh para sahabat dan tabi¶in r.a. yang berorientasikan penafsiran mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat abadi yang bersifat menyeluruh dimana ianya sesuai untuk semua bangsa dengan berbagai macam etniknya dan sentiasa sesuai dengan peredaran zaman. Seorang penyair pernah berkata yang berbunyi :³ Para Nabi terdahulu telah datang dengan pelbagai mukjizat. Setelah mereka wafat, lenyaplah mukjizat-mukjizat itu. Namun engkau datang dengan mukjizat Kitab Suci (Al-Quran) yang tidak akan lenyap sepanjang masa.´Kebenaran atau realiti bukan hanya terhad kepada perkara lahiriah, walaupun ada yang berpegang kepada "seeing is believing", terdapat kebenaran yang belum terungkai oleh sains semasa yang mungkin difahami mendalam oleh sains masa depan. Contoh mudah bagaimana kegunaan gelombang, arus elektrik, pengaruh alam ghaib seperti bacaan jampi dan sebagainya serta banyak lagi perkara yang tidak difahami oleh saintis kuno tetapi akhirnya difahami jelas dan ianya telah digunakan secara meluas pada masa kini. Sains Islam merupakan satu disiplin ilmu yang bersumberkan wahyu Ilahi dan intelek. Ia mempunyai hubungan secara langsung dengan metafizik. Sains Islam juga mempunyai prinsip-prinsip yang selari dengan ajaran dan konsep dalam Islam kerana ianya bersumberkan wahyu Allah S.W.T. Sains dalam Islam ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang alam tabie, sifat alam dan interaksinya dengan persekitaran. Sains juga dapat membantu manusia mencapai tauhid kerana hakikat keesaan Allah terzahir pada peringkat alam tabie¶. Menurut kosmologi Islam, alam tabie¶ wujud dalam dalam kesatuan iaitu semua bahagian alam kait-mengait antara satu sama lain. Al-Quran juga telah menyebut bahawa segala yang terdapat di langit dan di bumi adalah ayatullah iaitu tanda-tanda Allah (TheSign of God/The Sign of Creator)

Pengertian Al-Quran, Sains Dan Teknologi

Al-Quran adalah Kalamullah yang berupa Mukjizat. Al-Quran diturunkan kepada penutup paraNabi dan Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. yang tertulispada masahif. Ia diriwayatkan kepada kita secara mutawattir, membacanya adalah dianggapsatu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Definisi initelah disepakati oleh para ulama. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. adalah sebagaipanduan menempuh norma kehidupan dan petunjuk umat. Keunggulannya merupakan buktikebenaran Rasulullah s.a.w. di samping sebagai bukti yang nyata terhadap kemahiran dankerasulan baginda. Al-Quran juga merupakan hujah abadi hingga ke hari akhirat.Kandungan Al-Quran telah memberikan isyarat hal-hal yang pelik tentang sebahagian ilmupengetahuan alam mahupun sains moden sebelum disiplin ilmu itu sendiri mampumenemukannya. Kemudian Al-Quran juga membuktikan bahawa penemuan-penemuan baruyang berdasarkan kepada metode penelitian ilmiah itu ternyata sama sekali tidak bertentangandengannya. Al-Quran bukanlah buku psikologi, mahupun fizik. Akan tetapi Al-Quranmerupakan kitab petunjuk dan bimbingan, kitab tasyri¶ dan ishlah. Meskipun demikian, banyakdijumpai ayat-ayatnya yang berupa penunjuk yang cukup mendalam dalam pelbagai disiplinilmu sama ada sosiologi, kedoktoran (perubatan), dan antropologi.Sains pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melaluiujian empirical atau eksperimen. Berdasarkan English Oxford Dictionary, sains ditakrifkansebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau denganfakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hokum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkankebenaran baru di dalam lapangannya sendiri. Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilaisesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukannya subjektif seperti intuisi, sangkaanatau emosi. Sains merupakan satu percubaan mencari kebenaran dengan kaedah-kaedah yangrasional dan emperikal.Maksud teknologi boleh didefinisikan berdasarkan dua segi iaitu melalui segi bahasa dan segiistilah. Dari segi bahasa merujuk kepada bahasa Yunani (Greek) yang boleh dibahagikankepada dua iaitu µTechne¶ (seni atau kerja tangan) dan µLogos¶ (wacana atau kata-katasistematis atau teori). Dari segi istilah pula ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yangbersistem. Teknologi juga biasanya dikaitkan dengan proses dalam industri. Selain itu, teknologi juga berkaitan dengan kegiatan yang berkaitan dengan sains kejuruteraan. Teknologi jugamerupakan pengkajian kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang dan perindustrian.Sains dan teknologi berkait rapat dengan ajaran Islam dan kita tidak diizinkan untukmemisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsip agama. Secara ringkasnya, sains dan teknologi adalah ilmu yang teratur dan teruji untukmembuktikan kebenaran realiti alam semesta iniberdasarkan ujikaji dan penelitian zahir (fizik,kimia, biologi dan yang seumpanya

Tokoh-Tokoh Sains Dan Teknologi Yang Merujuk Al-Quran

Prof. Dr. Maurice merupakan seorang guru besar dan ahli bedah kenamaan diPerancis. Beliau mendapati bahawa semua ayat-ayat al-Quran masuk akal dan dapatmendorong untuk memajukan sains dan teknologi. Beliau telah memeluk Islam secara diam-diam setelah beliau membaca ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Fira¶un mati keranatenggelam di laut dan jasadnya telah diselamatkan oleh Allah (Yunus: 92). Setelah beliaumembaca ayat tersebut, beliau mencari mayat Fira¶un tersebut. Setelah menemui mayat Fira¶untersebut, beliau bedah mayat tersebut dan menemui bahawa sel-sel saraf Fira¶un menunjukkanbahawa kematiannya benar tenggelam di laut. Setelah menemukan bukti yang hebat ini, beliauterus yakin bahawa al-Quran itu wahyu daripada Allah dan memeluk agama Islam. Syah Waliyyullah merupakan seorang doktor yang sangat bijak dan pandai dalammengesan penyakit. Beliau mengesan penyakit hanya melalui simtom-simtom dan gerak nadipesakit yang dirawatnya. Setelah mengetahui penyakit yang dihadapi oleh pesakit, beliau dapatmember ubat atau penawar yang sesuai untuk memulihkan penyakit tersebut. Justeru, beliau juga sedar bahawa punca kejatuhan umat Islam ialah kerana umat Islam jauh dari al-Quran dantidak menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan yang paling utama. Oleh sebab itu, beliaumenterjemahkan al-Quran dalam bahasa Farsi yang boleh di fahami maknanya.

Astronomi
Ibnu Haitham (Alhazen) iaitu Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham. Beliau melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop..
Karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.

Fizik
Al-Haitham (Alhazen) iaitu Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik yang ternama.
Sumbangannya dalam fizik termasuk kajian dalam prinsip inersia (dikenali sekarang sebagai Hukum Newton Pertama) dan statik, mengkaji gerakan cahaya, ciri  bayang-bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik. Beliau menggunakan mesin “lathe” larik untuk membuat cermin dan kanta cembung dan cekung untuk penyelidikaannya.
Beliau telah mengisahkan kesan atmosfera dalam membiaskan cahaya yang datang dari cakerawala.
Sumbanagnnya terhadap fisiologi mata menyatakan proses penglihatan adalah cahaya datang dari objek dan masuk ke mata.
Antara karya-karya beliau; Kitab Al Manazir yang membicarakan konsep momentum dan menggunakan istilah Quwwat al harakah.


Perubatan
IBNU SINA (Avicenna) iaitu Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Buku karangannya al-Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. al-Qanun Fit- Tibb telah dicetak dalam bahasa Latin, Yahudi (Hebrew), Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali. Ia juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis.
Menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman sendiri.
Sumbangan Ibnu Sina
Ilmu perubatan psikosomatics “psychosomatic medicine”.
Ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) 
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Kejuruteraan
Ibnu Ismail Al Jazari iaitu Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari memperbaharui KINCIR air,

Penggunaan air dibentuk dalam dwifungsi,
Kegemilangan Al-Jazari adalah hasil manuskrip beliau berjudul ‘Kitab fi ma'rifat al-hiyal al-handasiyya’ yang bermaksud ‘buku mengenai ilmu alat mekanikal yang bijak’.
Peralatan lain ialah saqiya, di mana mekanisma tengahnya terdiri dari dua gigi dan mesin itu menggunakan tenaga haiwan seperti unta atau keldai.

Menghasilkan mesin mengepam air, mengubahsuai shaduf dan saqiya di mana tenaga air menggantikan tenaga binatang.
Hasil ciptaannya kelima ialah mesin yang menggunakan engkol, alat yang menghasilkan gerakan berterusan 
Beliau juga menghasilkan mesin yang digerakkan oleh air bagi menggerakkan piston yang saling berhubungan dengan paip penyedut pada dan ia adalah contoh prinsip double acting yang pertama.
Hasil karyanya dikumpulkan dalam Al-Jami Baim Al-Ilm wal Amal Al-Nafi Fi Sinat'at Al Hiyal.
Karyanya berbeza kerana memberi penerangan terperinci mengenai ilmu mekanikal yang mengandungi 50 peralatan
Antaranya, jam air, alat mencuci tangan dan mesin pengepam air. Jam air adalah hasil kerja gemilang Al-Jazari yang dikagumi pada acara World of Islam Festival pada 1976.


Kepentingan Al-Quran dalam Perkembangan Sains dan Teknologi

Seperti mana yang kita tahu bahawa al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada NabiMuhammad dan disebarkan kepada setiap manusia. Al-Quran juga merupakan wahyu yang sangatlengkap yang melibatkan pelbagai aspek, tidak kira sama ada dalam aspek duniawi dan ukhrawi.Oleh sebab itu, al-Quran sangat penting dan mempunyai banyak kepentingan dalam perkembangansains dan teknologi. Antara kepentingan al-Quran dalam perkembangan sains dan teknologi ialah al-Quran menjadirujukan yang paling utama dalam perkembangan sains dan teknologi. Di sini kita dapat lihatbahawa tokoh-tokoh Islam yang terdahulu berjaya mencipta dan menguasai ilmu seperti ilmumatematik, fizik, kimia, astronomi, perubatan dan sebagainya dengan menjadikan al-Quran sebagairujukan. Mereka bukan sahaja menjadikan al-Quran sebagai rujukan malah mereka mengkaji al-Quran untuk mengetahui apa yang terkandung dalam al-Quran.Seterusnya, kepentingan al-Quran dalam perkembangan sains dan teknologi ialah agar dapat melahirkan iman dan taqwa terhadap Allah dalam diri setiap insan . Iman dan taqwa sangatpenting dalam diri setiap insan kerana kemajuan dalam sains dan teknologi jika tidak ditunjangkandengan iman dan taqwa akan menyebabkan sains dan teknologi disalahgunakan dan merosakkanmanusia. Justeru, akan melahirkan manusia yang sombong, bakhil, tamak, mementingkan diri,penindasan dan kezaliman, yang dapat kita lihat masa kini bahawa Israel menindas dan berlakukejam terhadap penduduk Palestien.Sehubungan hal ini, jika kita menjadikan al-Quran sebagai satu kepentingan dalamperkembangan sains dan teknologi, sains dan teknologi tidak akan disalahgunakan , sepertimanayang berlaku pada zaman moden ini. Sebagai contoh, sains dan teknologi yang digunakan oleh Israelyang hanya mahu menindas dan bertindak kejam serta tidak berperikemanusiaan terhadap orangPalestin.Sebagai mana yang kita telah ketahui, al-Quran meupakan kitab yang mengandungi ayat-ayatyang tersusun cantik dalam bentuk petunjuk. Sesungguhnya Allah yang maha bijaksana menurunkanayat-ayat seperti ini untuk mengajak manusia supaya berfikir, mengkaji dan mamahami segalailmu yang terkandung di dalam al-Quran . Sekiranya al-Quran menjelaskan segalanya denganterlalu tererinci, nescaya manusia akan malas untuk berfikir dan hanya bergantung sepenuhnyadengan apa yang terdapat dalam al-quran. Ini membuatkan pemikiran umat manusia tidak dapatberkembang dan lebih maju. Al-Quran juga sering dijadikan sebagai pencetus idea dalam mana-mana cabang ilmuansains dan teknologi . Ini merupakan satu peranan penting al-Quran dalam penciptaan alat-alatmahupun teknologi-teknologi baru. Tidak dapat dinafikan pelbagai ciptaan-ciptaan hebat sejak zamandahulu hingga kini dicetuskan oleh al-Quran. Teknologi-teknologi yang dihasilkan banyak digunakanoleh umat manusia untuk kelangsungan hidup mereka. Teknologi-teknologi seperti lampu, kapalterbang, elektrik, dan lain-lain digunakan dgn sangat meluas dan segalanya datangnya dari al-Quran,pencetus idea para saintis yang teragung.

Kesan Pengabaian Al-Quran Dalam Perkembangan Sains dan Teknologi

Allah berfirman;´Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada(Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat.Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya´(Surah an-Nisa¶, ayat 59).Menurut kepada maksud ayat al-Quran di atas telah menunjukkan bahawa, seorangmuslim wajib merujuk al-Quran dan sunnah. Al-Quran merupakan kitab yang syumul, oleh ituseorang muslim wajib untuk merujuk al-Quran sepertimana umat Islam suatu masa dahulusehingga berjaya dalam menguasai bidang sains dan teknologi. Terdapat banyak kesanmazmumah dan negatif jika seseorang muslim mengabaikan al-Quran dalam kemajuan sainsdan teknologi yang merupakan rujukan yang lengkap daripada Allah kepada hambaNya. Antara kesan pengabaian al-Quran dalam sains dan teknologi ialah umat Islam akanmenjadi lemah . Umat Islam yang lemah mengakibatkan orang barat dengan mudahnya akanmengambil kesempatan terhadap umat Islam sehingga menyebabkan maruah umat Islam jatuh.Justeru, umat Islam menjadi semakin mundur dan ketinggalan yang dapat dilihat bahawa umatIslam lebih kepada pengguna daripada pencipta yang dapat menguntungkan kuasa asing atauorang barat.Selain itu, penjajahan ke atas negara Islam akan berlaku . Ini semua akibat daripadakurangnya kemajuan dalam sains dan teknologi sehingga mengakibat umat atau negara Islamtidak dapat mempertahankan diri daripada serangan kuasa asing malah mengharapkanbantuan dan perlindungan daripada mereka untuk mempertahankan negara Islam. Jika perkaraini berterusan, ini akan mengakibatkan negara dan umat Islam dengan sewenang-wenangnyadijajah seperti yang berlaku pada masa ini. Contohnya, negara Palestin yang diduduki olehumat Islam telah dijajah oleh negara Israel dengan cara yang sangat kejam dan tidakberperikemanusiaan.Sehubungan hal ini, perkembangan dalam sains dan teknologi umat Islam lambatdan tidak berkembang maju . Akibat daripada hal ini, negara Islam akan bergantung kepadakuasa asing untuk mendapatkan barangan berteknologi, barangan perubatan dan pendidikanwalaupun negara Islam kaya dengan sumber alam. Sebagai contoh, dapat dilihat pada negaraMalaysia yang juga merupakan salah sebuah negara Islam. Jika dibandingkan antara negaraMalaysia dengan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman, negara mereka lebihmaju dan mempunyai teknologi tinggi. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa al-Quran perlulahdikaji dengan lebih mendalam agar umat Islam dapat memperoleh kemajuan dalam sains danteknologi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sains dan teknologi berkait rapat dengan Al-Quran. Oleh itu, Al-Quranmemainkan peranan yang besar dalam ilmu sains dan teknologi. Sains dan teknologi Islam sememangnya berfakta, malah menerima hakikat yang kadang kala mengjangkau fizikal.Unsure ghaib dan sebagainya adalah realiti yang mungkin belum berjaya dikaji dan dicungkilpada masa sekarang tetapi ianya tetap benar dan kita akan memahaminya pada suatu ketikananti.Sains Islam menggunakan kaedah yang paling rasional dan objektif. Ia dikatakan rasionalkerana ia mendokong kaedah berfikir secara rasional hingga berjaya mempertahankan konsep-konsep dan teori-teorinya menerusi hujah-hujah yang diterima akal dan memenuhi syarat-syaratlogic. Sains dan teknologi Islam berpaksikan benar dan tepat dalam setiap sudut dan aktivitinya sama ada yang dilaksanakan oleh muslim mahupun bukan muslim. Inilah yang dimaksudkansebagai sains dan teknologi Islam adalah bersifat objektif (terarah dan tepat) bukannya subjektif (bebas). Objektif sesuatu perkara bukan hanya bergantung kepada fizikal malah pemikiran danakal (falsafah) juga. Albert Einstein sendiri mengatakan ³Science without philosophy is blind and philosophy without science is empty´.Ketepatan dan kebenaran sains dan teknologi Islam dari semua sudut termasuk rujukannya,ukuran penilaian, tatacara, tindakan, keputusan, dan lain-lain.Sains dan teknologi Islam menerima dua bentuk utama sumber kajian dan aktiviti iaitu sumber perolehan dan sumber anugerah. Sumber anugerah termasuklah sumber wahyu, naluri,semulajadi dan lain-lain. Sumber perolehan pula ialah semua sumber yang boleh dipelajari,difahami dan diwarisi daripada tamadun manusia.Semua ilmu dan perolehan teknologi yang pernah dikembangkan dalam bentuk pemikiran,aktiviti, teori dan pencapaian tamadun manusia dirujuk dan dikembangkan oleh sains danteknologi Islam (Abad 7-9 Masihi) sebelum ianya dipindahkan ke barat dalam bentuk yang tidakseimbang. Sains dan teknologi Islam yabg berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah menerimapakai tamadun Parsi yang pernah merujuk tamadun Babilon, Hindi dan Sabean.³Berusahalah untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya danBerusahalah untuk akhiratmu seolah kamu akan mati esok.´

Lampiran

Rujukan

1. Abd Aziz, H. (2008, APRIL 16). [Web log message]. Retrieved from ctu551.blogspot.com/2008/04/sains-teknolgi-menurut-islam.html 2. Alvarez-Suarez, J. M., Tulipani, S. Romandini, S., Bertoli, E., & Battino, M. (2010). Contribution of honey in nutrition and human health: a review. Mediterranean Journal of Nutrition and Metabolism 3, no. 1 (2010): 15-23. 3. Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and health: A review.Journal of the American College of Nutrition,,27(6), 677-689. Retrieved from http://www.jacn.org/content/27/6/677.full.pdf 4. Curtis, R. (n.d.). Outdoor Action Guide to High Altitude: Acclimatization and Illnesses. Retrieved March 14, 2013, from http://www.princeton.edu/~oa/safety/altitude.shtml 5. Danial, Z. A. (2012). Islam: The misunderstood religion. (Revised ed., pp. 45-112). Selangor, Malaysia: PTS Millenia 6. Deep sea. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_sea. 7. Harun, Y. (2004). The quran leads the way to science. (2nd ed.). Turkey: Global Publishing. DOI: www.harunyahya.com 8. Internal Tide. (2012). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_tide. 9. Internal wave. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_wave. 10. Ibrahim, I. (1997). A brief illustrated guide to understanding islam. (2nd ed., pp. 20-21). Texas, USA: Darussalam Publishers and Distributors. Retrieved from http://www.islam-guide.com/islam-guide.pdf 11. Littin, S. (2011, MAY 20). Ants give new evidence for interaction networks. UANews. Retrieved from http://uanews.org/story/ants-give-new-evidence-interaction-networks 12. Miller, G. (1992). The amazing quran. Abul Qasim Publishing House. Retrieved from http://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single/en_the_amazing_Quran1.pdf 13. Muhammad Mujahid, I. M. F. (2013). Mukjizat al quran. In M. H. Shahrizan & I. M. F. Muhammad Mujahid (Eds.), Mahabbatur Rasul (1 ed., pp. 88-89). Kedah, Malaysia: Pustaka Paksi. 14. Peacock AJ. ABC of oxygen: Oxygen at high altitude. Br Med J. 1998;317:1063–1066. 15. Pelinovsky,E., Talipova,T., Holloway, P. E., (1997). Strongly Nonlinear Internal Waves on the Australian North West Shelf . Retrieved from http://www.whoi.edu/science/AOPE/ISW98workshop/text/holloway/holloway-ht.html. 16. https://www.scribd.com/doc/39484477/assg-CTU 17. http://www.slideshare.net/normurnimohamad/wahyu-sebagai-sumber-sains-teknologi-dan 18. http://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi 19. http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html 20. https://www.youtube.com/watch?v=4qQDQ3q6A_s